Kumpulan Terus Maju


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Terus MajuBUMI TERUS MAJU SDN. BHD. telah diperbadankan di Malaysia pada 19hb Jun 1996 sebagai syarikat sendirian berhad (menurut saham) di bawah Akta Syarikat 1965. Asal penubuhan syarikat ini adalah dari sebuah entiti perniagaan tunggal iaitu SYARIKAT TERUS MAJU yang mana didaftarkan di bawah Akta Pendaftran Perniagaan 1956 pada 11hb Ogos 1986 oleh pengasasnya iaitu Tuan Haji Herman Bin Darwis.

Tuan Haji Herman sebelumnya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjaja kain dari rumah ke rumah sejak tahun 1974. Hanya dengan memperolehi komisyen dari hasil jualan tersebut pada tahun 1976 beliau beralih arah kepada perniagaan di pasar-pasar malam di sekitar negeri Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu. Di sinilah beliau menempuh suka duka dan cabaran yang mana ada ketikanya beliau terpaksa meninggalkan keluarga dalam tempoh yang lama serta menghadapi persaingan pasaran yang tidak menentu dengan modal pusingan yang terhad untuk kekal bersaing.

Pejabat Urusan (HQ) / Cawangan Batu 6 – Kuantan
Address: A5, Lrg Seri Damai Perdana 1, KM 8, Batu 6, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-536 2226 / 2326
Faks: 09-536 1126
Website: http://www.terusmaju.my


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT